Terkini di Love is Cinta

Mengenai Hati Lelaki   Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki...

Baca lagi..

Benarkah cinta ? Benarkah cinta telah ada ketika senja telah menyapa hati ku ketika ini, benarkah cinta telah ada di saat ketika aku pandang hatimu, benarkah cinta telah ada ketika aku...

Baca lagi..

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan: 1.  Usaha...

Baca lagi..

Petua Memancing Hati Pasangan Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda. Anda sudah pun memulakan...

Baca lagi..

ERTI CINTA SEJATI mencintai itu : bukan bagaimana kita melupakan, tapi bagaimana kita memaafkan.. bukan bagaimana kita mendengar, tapi bagaimana kita mengerti.. bukan bagaimana kita melihat tapi...

Baca lagi..

Mengenai Hati Lelaki

Kategori : Lelaki & Cinta

 

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Benarkah cinta ?

Kategori : Karya Pembaca, Kisah Cinta

Benarkah cinta telah ada ketika senja telah menyapa hati ku ketika ini, benarkah cinta telah ada di saat ketika aku pandang hatimu, benarkah cinta telah ada ketika aku renung matamu dan benarkah cinta telah ada ataupun hanya khayalan ku semata-mata yang lemas dalam hangatnya cinta.

 *****

Wanie , dah berapa kali aku call tak jawab, bising mulut zakuan bila kekasih hatinya tidak mengendahkannya, ini dah kali ketiga, dia buat aku begini. Entah berapa kali lagi dia nak cabar kesabaran aku, tak cukup ke selama 7 tahun aku tunggu dia, panas hatinya tiba-tiba bila mengenangkan perangai wanie semakin hari berubah, entah di mana silapnya dia dibuat begitu.

 “Hai zack, nape mulut kau tuh mancung sekali, kau ada problem ke ?”, tiba-tiba je ikmal muncul di depan pintu.

“Entahlah ikmal, aku dah bingung memikirkan si wanie nih, aku call dia, dia tak pernah nak balas call aku, buat aku sakit hati je saat ini”, keluh zakuan.

“Kau tinggalkan je dia tuh zack, dah berapa kali dia buat kau macam nih, dia tak pernah anggap kau tuh sebagai kekasih dia, balas ikmal.

“Aku tak sampai hati lah ikmal, dia kan cinta pertama aku, dah lama aku kenal dia, sejak bangku sekolah lagi, sayang aku kat dia masih lagi dan tak pernah berubah”.

“Dia layan kau begini, kau masih lagi nak pertahankan dia, kalau aku yang berada kat tempat kau sekarang, memang aku dah break kat die”, keluh ikmal bila melihat betapa setianya zack terhadap wanie.

“Nak buat macam mana ?, dah memang hati aku nih sayang sangat kat die, terpaksalah aku yang bersabar dengan kerenah dan perangai die tuh kat aku, balas zack.

Teruskan bacaan

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh

Kategori : Tip-Tip Cinta

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1.  Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2.  Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3.  Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4.  Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5.  Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6.  Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

Petua Memancing Hati Pasangan

Kategori : Tip-Tip Cinta

Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda. Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati bakal pasangan anda. Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila bila. Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian cinta anda.

1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.

Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan kesedihan mereka.

2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.

Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.

3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.

Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta mereka.

4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.

Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam sehari ada 24 jam semuanya.

5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.

Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah disayangi sepenuh hati oleh anda.

6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.

Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting di dalam hati anda.

7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.

Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan dikenali mereka.

8 ) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan PasanganAnda.

Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda.

9)Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.

Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa pertengkaran.

10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.

Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita. Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan. Kesimpulannya ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka percaya dan yakin terhadap cinta anda.

ERTI CINTA SEJATI

Kategori : Ayat-Ayat Cinta

mencintai itu :
bukan bagaimana kita melupakan,
tapi bagaimana kita memaafkan..
bukan bagaimana kita mendengar,
tapi bagaimana kita mengerti..
bukan bagaimana kita melihat
tapi bagaimana kita merasakan..
bukan pula bagaimana kita melepaskan,
tapi bagaimana kita bertahan..

sebenarnya cinta sejati adalah
ketika dia menyakiti
kita masih tetap peduli
ketika dia tidak peduli
kita masih mampu menunggu dengan setia..
dan ketika dia mencintai orang lain,
kita masih dapat tersenyum
sambil berkata :
“AKU TURUT BAHAGIA”
kadang tanpa kita sedari
orang yang paling kita sayang adalah
orang yang paling menyakiti hati kita