
Baru-baru ini rakan karib aku selamat melangsungkan perkahwinannya dengan seseorang yang dicintainya. Pada satu malam kami keluar bersama rakan-rakan lain dandikesempatan itu aku pun bertanyalah perihal perkahwinan dia yang dah tentunya menyeronokkan. Dia tersenyum sambil berkata, “nasib baik aku ni kuat semangat, kalau tak tak kawin aku haritu..”
Dia berkongsikan pengalamannya ketika diakad nikah. Katanya benarlah orang cakap, seberani mana pun seseorang lelaki bila berdepan dengan tok kadi, pasti terdiam tak berbunyi. Badan menggeletar, otak serabut dan bercelaru, peluh mencurah-curah.. Kita yang berada disekeliling mungkin nampak ianya mudah, namun bagi empunya badan yang menghadapinya, seolah-olah hendak disoal seperti orang bersalah. Sebab tu ada banyak kes lafaz nikah 4 5 kali, Padahal teks yang diberikan tak lebih dari 160 patah perkataan pun. Muka tok kadi pulak senyum je namun dalam hatinya seolah-olah ada niat jahat. Dengan tok kadi membaca khutbah berjela-jela, dari rukun islam, tanggungjawab suami isteri, dan anak-anak habis dia cerita. Dalam hati apsal la lambat sangat, tgh cuak dah tak banyak boleh masuk.. Masa tula rasa nak terkencing, terberak, pengsan, susah nak bernafas dan sebaginya. “Rilek..rilek, cool, sabor la, jap lagi jadi milik kamu dia tu..” tok kadi menasihati bila tengok silelaki mula tak keruan. “Tak keruan bukan tak sabar, tapi cuak..”
Toleh jap belakang, usha bakal isteri, si bakal tu isteri tersenyum je dan tunduk malu. Alhamdulillah, sejuk sikit hati bila pandang wajah bakal isteri manis bertudung memberi sekuntum senyuman semangat. Semangat mula naik balik, berkobar-kobar macam lembu jantan nampak kain merah.
AKU TERIMA NIKAHNYA…
Tok kadi berpesan selepas menyebut nama isteri, hendaklah disambung dengan ayat “baginya untukku”. Alah, dua ayat je kan takkan tak ingat?. Lalu akad dimulakan.. dan dijawab.. “Aku terima nikahnya polan binti sipolan….err” ayat terhenti jap, otak duk ligat pikir, apa nak sebut tadi?…..err…” Apa ayat tadi tok?.. Tok kadi menggelengkan kepala..” Malangnya kali pertama gagal untuk menyebutnya. Dalam hati merungut, dua ayat tu pun takleh ingat macamne ni. “rilek..rilek..sikit je lagi nak abis ni, pasni dia sah dah jadi hak kamu.. Kita cuba lagi yer..” Tok kadi pandai tul main ayat.. Kali kedua diulangi, … ” Aku terima nikahnya, polan binti sipolan baginya milikku dengan mas kahwinnya 300 Ringgit, tunai…Alhamdulillah, tok kadi menghenjut tangan si lelaki menandakan telah selesai pernikahan tersebut.. Hati bukan main lega, tadi panas tiba-tiba rasa berangin je badan. Toleh-toleh kat isteri senyum-senyum kambing.Hati gumbira sudah, yang haram sudah jadi halal, yang dulu gelap-gelap kini boleh terang-terang..Terbina sudah sebuah masjid. Diakhiri bacaan doa tanda kesyukuran, saat yang paling getir dah berlalu…
Jadi untuk lelaki diluar sana, ni pengalaman sebenar yang diceritakan semula. Mungkin boleh kot bagi sedikit gambaran suasana tersebut yer.