Terkini di Love is Cinta

Wan Dan Khalisah   “Wan jom kita balik, hari dah petang “, khalisah menegur sahabat baiknya sejak kecil lagi.   “Wan tak mahu balik , wan nak main lagi, wan belum...

Baca lagi..

Sayang, Abang Minta Maaf Banyak-Banyak..   Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi...

Baca lagi..

Cintailah Dia Tanpa Sebab Dan Hanya Kerana Allah Gadis Hot : Awak Suka Saya?.. Cinta Saya?.. Nape Awk Cinta Saya eak?.. Kalau awak tak cakap, saya clash!.. Jejaka Macho : Sebab Awak Cantik, Awak Comel, Awak Mempunyai...

Baca lagi..

Kalaulah Cinta Boleh Berbicara Kamu hanya tahu menyebut CINTA ITU BUTA. Setiap kesalahan yg kau lakukan pastinya kau akan menyalahkan cinta Tapi kau juga tidak menyedari cinta iuga mempunyai perasaan...

Baca lagi..

Segala Perasaan Menjadi Indah Jika.. Cinta itu indah jika cinta itu kerana ALLAH… kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, barulah kepada siapa yang kamu cintai.. Rindu itu indah jika rindu...

Baca lagi..

63 Tips Hubungan Kekal Lama

Kategori : Tip-Tip Cinta

63 Tips Hubungan Kekal Lama

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
6. Murah dengan SENTUHAN.
7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
13. Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15. Flexible/tolak ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
35. Emotional intercourse.
36. Janga simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji dan 1 teguran.
40. Sebut “I Love You” all the time.
41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan daripada segi

  • Mental/pendidikan/ilmu
  •  Emosi
  • Fizikal/ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa):
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza

  • Pendapat/pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Citarasa
  • Warna pilihan
  • Dan sebagainya

56. Humor/lawak dari maxa ke masa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.
Apa-apa pun yg penting kita terima semua seadanya dan bersyukur dgn rahmat dan jodoh yg telah ditentukan olehNYA….
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA AMIN….

Aku Terima Nikahnya..Tidak Mudah Bagi Lelaki Melafazkannya

Kategori : Kisah Cinta

Aku Terima Nikahnya..Tidak Mudah Bagi Lelaki Melafazkannya

Baru-baru ini rakan karib aku selamat melangsungkan perkahwinannya dengan seseorang yang dicintainya. Pada satu malam kami keluar bersama rakan-rakan lain dandikesempatan itu aku pun bertanyalah perihal perkahwinan dia yang dah tentunya menyeronokkan. Dia tersenyum sambil berkata, “nasib baik aku ni kuat semangat, kalau tak tak kawin aku haritu..”

Dia berkongsikan pengalamannya ketika diakad nikah. Katanya benarlah orang cakap, seberani mana pun seseorang lelaki bila berdepan dengan tok kadi, pasti terdiam tak berbunyi. Badan menggeletar, otak serabut dan bercelaru, peluh mencurah-curah.. Kita yang berada disekeliling mungkin nampak ianya mudah, namun bagi empunya badan yang menghadapinya, seolah-olah hendak disoal seperti orang bersalah. Sebab tu ada banyak kes lafaz nikah 4 5 kali, Padahal teks yang diberikan tak lebih dari 160 patah perkataan pun. Muka tok kadi pulak senyum je namun  dalam hatinya seolah-olah ada niat jahat. Dengan tok kadi membaca khutbah berjela-jela, dari rukun islam, tanggungjawab suami isteri, dan anak-anak habis dia cerita. Dalam hati apsal la lambat sangat, tgh cuak dah tak banyak boleh masuk..  Masa tula rasa nak terkencing, terberak, pengsan, susah nak bernafas dan sebaginya. “Rilek..rilek, cool, sabor la, jap lagi jadi milik kamu dia tu..” tok kadi menasihati bila tengok silelaki mula tak keruan. “Tak keruan bukan tak sabar, tapi cuak..”

Toleh jap belakang, usha bakal isteri, si bakal tu isteri tersenyum je dan tunduk malu. Alhamdulillah, sejuk sikit hati bila pandang wajah bakal isteri manis bertudung memberi sekuntum senyuman semangat. Semangat mula naik balik, berkobar-kobar macam lembu jantan nampak kain merah.

AKU TERIMA NIKAHNYA…

Tok kadi berpesan selepas menyebut nama isteri, hendaklah disambung dengan ayat “baginya untukku”. Alah, dua ayat je kan takkan tak ingat?. Lalu akad dimulakan.. dan dijawab.. “Aku terima nikahnya polan binti sipolan….err” ayat terhenti jap, otak duk ligat pikir, apa nak sebut tadi?…..err…” Apa ayat tadi tok?.. Tok kadi menggelengkan kepala..” Malangnya kali pertama gagal untuk menyebutnya. Dalam hati merungut, dua ayat tu pun takleh ingat macamne ni. “rilek..rilek..sikit je lagi nak abis ni, pasni dia sah dah jadi hak kamu.. Kita cuba lagi yer..” Tok kadi pandai tul main ayat.. Kali kedua diulangi, … ” Aku terima nikahnya, polan binti sipolan baginya milikku dengan mas kahwinnya 300 Ringgit, tunai…Alhamdulillah, tok kadi menghenjut tangan si lelaki menandakan telah selesai pernikahan tersebut.. Hati bukan main lega, tadi panas tiba-tiba rasa berangin je badan. Toleh-toleh kat isteri senyum-senyum kambing.Hati gumbira sudah, yang haram sudah jadi halal, yang dulu gelap-gelap kini boleh terang-terang..Terbina sudah sebuah masjid. Diakhiri bacaan doa tanda kesyukuran, saat yang paling getir dah berlalu…

Jadi untuk lelaki diluar sana, ni pengalaman sebenar yang diceritakan semula. Mungkin boleh kot bagi sedikit gambaran suasana tersebut yer.

Perlukah Menayang Status “Relationship” di Facebook?.

Kategori : Artikel Cinta

Perlukah Menayang Status "Relationship" di Facebook?.

Perlukah menayang status Relationship di Facebook?. Single, In a Relationship, Engaged, Married, Its Complicated, Its an open relationship, Widowed, Separated,dan Divorce , yang mana satu pilihan anda?. Sebenarnya jawapan aku mudah je, bergantung pada niat. Ia  boleh jadi penting dan boleh juga jadi tak penting. Mengapa?, lihat contoh dibawah.

Single (Solo)

-Kepada yang masih belum berpunya, tak salah jika menunjukkan status single anda kepada ramai. Kerana ia sebenarnya memberi hint pada orang yang anda masih belum berpunya. Jadi kalau orang nak memulakan langkah pun tak perlulah tertanya-tanya. Jangan pula anda berbohong khususnya lelaki, yang dah berpunya tapi letak single, mungkin taknak jatuh saham?.

In a Relationship ( Sedang Berhubungan)

-Bagi yang sudah berpunya terpulang pada niat meletakkan status ini kerana apa. Jika meletakkannya utk menayang dan bermegah-megah dengan boyfriend atau girlfriend anda baik tak perlu. Tapi jika meletakknya sekadar nak beritahu orang bahawa anda sudah berpunya dan tak ingin dikacau mungkin dibolehkan. Tetapi pada pandangan lain pula, tak perlulah diletakkan kerana anda masih belum mempunyai hubungan yang sah.

Engaged (Bertunang)

-Kepada yang sudah bertunang, digalakkanlah meletak status ini. Kerana jika anda sudah bertunang, makanya anda sudah selangkah ke alam perkahwinan. Amatlah perlu menjaga hubungan anda pada ketika ini bagi mengelakkan kemasukan orang ketiga. Jika status bertunang dipaparkan, orang mungkin akan berfikir dua kali untuk mengorat anda. Dalam islam juga tidak digalakkan menganggu orang yang sudah bertunang. Jadi dengan meletak status ini boleh mencegahnya.

Married (Berkahwin)

-Status ini sangat-sangat digalakkan untuk dipaparkan supaya orang lain mengetahui anda telah berkahwin. Ini seperti bertunang tetapi berkahwin lebih lagi. Ini bagi mengelakkan ada pihak ketiga yang akan menganggu rumahtangga anda. Dengan ada memaparkan status ini, mungkin dapat mengelakkan rumahtangga dari diganggu. Tapi kalau jenis memang tak tau malu yang suka kacau rumah tangga orang tu tak taula.

Its Complicated (Tak Pasti)

-Ini tak perlu lah letak kot, keadaan ni adalah dimana kedua-duanya belum declare hubungan mereka, jadi mereka letak its complicated. Bila dah berkapel baru letak Its in relationship. Status ini tak perlu letak, memang tiada apa-apa manfaat.

Its an Open Relationship (Suka Tetapi Tidak Mahu Terikat)

- Status ini bermaksud bahawa walaupun anda dan dia saling menyintai, namun tidak mahu declare lagi perhubungan ini atas dasar tidak mahu terikat. Anda dan dia juga bebas melakukan hubungan intim dengan mana-mana lelaki/wanita tanpa mahu ada apa-apa ikatan. Jika ini berlaku, amaran KERAS!, anda tak perlu meletakkanya kerana ia menunjukkan anda seorang yang suka bersosial dan berhubungan dengan mana orang tanpa mahukan ikatan rasmi.

Widowed (Duda/Janda)

-Kepada yang duda atau janda tidak salah meletakkan status ini jika bertujuan mencari pasangan pengganti. Tetapi jika dikhuatiri menimbulkan fitnah tidak perlulah diletakkan.

Separated (Berpisah)

-Selalu terjadi pada kapel-kapel yang belum kahwin. Tak ramai nak letak malu la tuh.Tak perlu letak kalau malu dan taku diperkatakan. Tapi kalau rasa-rasa nak carik baru letaklah.

Divorce (Bercerai)

-Selalu terjadi pada pasangan suami isteri. Seperti Separated, setakat ni tak jumpa orang letak. Tapi kalau agak-agak nak carik baru letaklah. Tapi tak perlu letak kalau malu dan takut diperkatakan.

 

Berdua Lebih Baik

Kategori : Artikel Cinta

Berdua Lebih Baik

Ramai orang sering mengeluh mengapa mereka masih tidak mempunyai jodoh. Gembiranya dan bahagianya bila melihat rakan-rakan seusia lain yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dalam hati berkata, aku mungkin tidak ada jodoh lagi. Sebenaranya jodoh setiap orang pasti ada, cuma samada cepat atau lambat ia hadir dan yang penting sudah tentunya ia tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencarinya. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka tidak menganggap pasangan itu suatu keperluan kerana bagi mereka,  mereka sudah ada segalanya. Wanita zaman kini khususnya, trend hidup moden dan workaholic menjadi alasan mengapa mereka tidak perlu mempunyai pasangan. Ada yang berpendapat pasangan mereka nanti bakal menggugat kerjaya dan status wanita moden mereka. Jadi adalah lebih baik bersendiri daripada mendapat teman sebegitu. Betulkah pandangan ini?

Setiap yang tercipta pasti ada pasangannya. Tidak kira hidupan bernyawa atau tidak, pasangan itu ada sebabnya. Malam dan siang, sejuk dan panas, motor ada tayar depan dan tayar belakang, tangan dan kaki ada kiri dan kanannya begitu jugalah manusia yang diciptakan lelaki dan perempuan. Semua itu untuk apa?, untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Secara lumrahnya sememangnya pasangan itu perlu kerana ia sebagai pelengkap dalam kehidupan harian. Jika kaki kanan tiada, maka kita akan tidak seimbang dan jatuh. Jika tangan kanan tiada, mana mungkin tangan kiri mengangkat beban yang berat?. Jika malam tiada, maka dunia akan menghadapi siang sepanjang hari, jika sejuk tiada makan manusia akan kepanasan sentiasa. Inilah lumrah, kerana pasangan itu dicipta untuk saling bergantung antara satu sama lain.

Bukan salah kita jika mendapat pasangan yang salah, kerana itu semua sudah ditakdirkan. Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah pasti ada sebabnya, kerana sifat Allah itu Maha mengetahui. Jika kita meraung menjerit menyalahkan apa yang terjadi pada diri samalah kita menyalahkan Allah. Jika kita sudah pun berjumpa dengan pasangan yang baik, dan sesuai dengan diri kita, itu juga takdir Allah, Ingatlah, tiada istilah “kebetulan” didunia ini sebenarnya, semuanya adalah takdir. Anda berjumpa dengan pasangan anda di kenduri kahwin itu juga takdir, bukan kebetulan.

Wanita yang mengatakan boleh hidup tanpa lelaki seolah-olah mereka boleh membawa motor dengan satu roda sahaja . Bagitu juga dengan lelaki yang mengatakan mereka mampu menjalani kehidupan normal tanpa wanita. Jika diteliti kejadian tubuh manusia, hampir setiap inci tubuh manusia diciptakanNya berbeza antara lelaki dan perempuan. Daripada mulanya rambut, bentuk badan, anggota dalaman, suara, gaya percakapan berbeza antara lelaki dan perempuan. Mengapa?, kerana hakikatnya ia dicipta untuk saling menarik antara satu sama lain. Malah elemen paling penting ialah hati dan perasaan. Sebab itulah adanya cinta pandang pertama jika ternampak seseorang yang cantik atau kacak, kerana sememangnya naluri hati manusia dicipta untuk tertarik kepada kaum yang berlainan jantina. Allah tidak menciptakan lelaki untuk tertarik kepada lelaki, begitu juga halnya dengan wanita takkan sekali-kali menyukai wanita.

Tangan lelaki Dan Wanita

Allah menciptakan wanita dan lelaki itu berbeza hampir setiap inci tubuhnya

Setiap dari kita ada ibu bapa. Perlunya ibu untuk menyusukan kita dan perlunya bapa untuk mencari nafkah bagi menampung keperlauan kita. Bila mereka digabungkan maka wujudlah satu keluarga yang sempurna. Setiap hari si isteri akan mendoakan si suami dan begitu juga halnya si suami akan mendokan si isteri. Jika anda berseorangan siapakah yang akan mendokan anda?. Si isteri akan menyiapkan makanan suami, membelai suami, bergurau senda, bergelak tawa dan saling kasih mengasihi. Si isteri yang taat setia menemani suami yang sedang dalam keadaan tidak sihat, berjaga siang dan malam menjaga suami. Si isteri tidak akan sekali-kali merungut atau mengungkit-ungkit apatah lagi meminta balasan kerana dia tau ganjaran lebih besar menantinya di “sana”. Si suami pula akan sedia memenuhi apa jua permintaan isteri tersayang kerana hanya isterinyalah pendampingnya hingga akhir hayat.

Indahnya bila dua jiwa bersatu dan membentuk keluarga bahagia

Alangkah indahnya hidup berdua tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jalinan yang terbina begitu erat menjadikan mereka yang berdua menjadi satu. Dua jiwa menjadi satu. Jika kaki kanan luka, kaki kiri merasa sakitnya, jika kaki kiri berdarah, kaki kanan yang merasa pedihnya. Sememangnya setiap kejadian Allah ada hikmahnya, begitu juga halnya dengan penciptaan lelaki dan perempuan yang sudah pastinya sebagai satu pasangan. Janganlah cuba kita menafikannya kerana memang jelas sudah bahawa bedua itu lebih baik.

 

Perigi Mencari Timba: Masih Relevenkah?

Kategori : Artikel Cinta

Perigi Mencari Timba: Masih Relevenkah?

“Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?

Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam

Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….

Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.

Mentaliti
Mentaliti orang kita terhadap hal ini sebenarnya tidak membantu dalam membina sebuah komuniti yang normal. Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah.

Rumusan
Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)